Pages

PRS SMK RAJA PERMAISURI BAINUN

Friday, 5 October 2012

TEKNIK PEMBELAJAAN YANG BETUL DAN BERKESAN


Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.
Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.
Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri 
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji 

Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga 

Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.
Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.
Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”
Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda 
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.
Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.
Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.
Kesimpulan 
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.
credit to : AH Ramat

Saturday, 29 September 2012

UCAPAN KEPADA CALON PMR DAN SPM YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN AWAM 2012


Alhamdulillah syukur kehadrat ILAHI kerana di beri peluang dan masa oleh Allah SWT hari ini untuk kami mencoretkan sesuatu di laman blog ini setelah sekian lama tanpa sepatah bicara.
Terlebih dahulu kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung setia laman ini kerana tidak jemu-jemu berkunjung ke sini untuk mendapatkan sedikit informasi yang dikongsikan bersama. Alhamdulillah.
Hari ini kami dari organisasi pembimbing rakan sebaya sekolah ingin mengucapkan “SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR dan SPM 2012″ kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun dengan harapan dan doa agar anda semua dapat menjawab soalan dengan tenang.
Pesanan kami untuk anda :
  • Jaga kesihatan anda
  • Jaga makan dan minum anda. Makanlah makanan yang berkhasiat dan yang paling penting adalah halal.
  • Jangan mudah putus asa
  • Jangan lupa dekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan solat lima waktu, solat-solat sunat seperti sunat hajat, sunat tahajut dan sebagainya.
  • Selalu berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan segala urusan
  • Mohon maaf  dan  restu daripada kedua ibu bapa dan guru  sebelum datang ke sekolah dan masuk bilik peperiksaan
  • Jawab soalan ujian dengan teliti dan memahami betul-betul kehendak soalan yang ditanya serta mengikuti arahan dan peraturan-peraturan semasa di dewan peperiksaan
  • Berusahalah dengan gigih untuk mendapat hasil yang cemerlang dan yang ditagih.
  • Bertawakkal kepada Allah SWT setelah berusaha dengan gigih.
Akhir kalam, Selamat Maju Jaya. Semoga semuanya berjaya dan dapat melakukan yang terbaik. Amin

Monday, 3 September 2012

PERSATUAN PENGASIH



Persatuan PENGASIH Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1987 dan  diluluskan pendaftarannya pada 25hb. September, 1991. PENGASIH ialah sebuah badan yang tersendiri dan tidak bernaung di bawah mana-mana badan induk.Penaung persatuan ketika itu ialah Allahyarham Tan Sri  Megat Junid bin Megat Ayob, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Penasihatnya pula ialah Ketua Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan.

Pada masa ini, Dato’ Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) adalah Penaung Persatuan PENGASIH Malaysia.Setelah bersusah payah di peringkat awalnya, PENGASIH berbangga melihat perkembangannya yang pesat sehingga mendapat pengiktirafan oleh pelbagai pihak dalam dan luar negara. Permintaan terhadap perkhidmatan PENGASIH kian meningkat dan bilangan pihak yang tampil memberikan sokongan dan galakkan semakin meningkat.

PENGASIH sedang gigih berusaha mencapai wawasannya iaitu menjadi sebuah organisasi bukan kerajaan di bidang pemulihan dadah yang berkesan dan diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.Turut terangkum di dalam wawasan PENGASIH ialah pewujudan sebuah kompleks PENGASIH yang serba lengkap di suatu kawasan yang luas dan terancang. PENGASIH juga menggambarkan fungsinya sebagai institusi yang menawarkan perkhidmatan perundingan dalam perkara- perkara yang berkaitan dengan masalah penggunaan dadah kepada pelbagai pihak di masa akan datang.

Bagi mencapai wawasan itu, PENGASIH bekerjasama dengan agensi dan badan-badan lain sama ada tempatan atau antarabangsa kerana PENGASIH percaya bahawa sebuah organisasi yang dinamis dan berjaya semestinya sentiasa bersedia untuk bekerjasama dan bergerak seiringan dengan pihak-pihak lain.

Monday, 27 August 2012

MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT SEKOLAH SMK RAJA PERMAISURI BAINUN


Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan minggu Pendidikan Pencegahan Dadah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai bahayanya dadah. Justeru itu, SMK Permaisuri Bainun tidak terkecuali untuk menyertai program ini. Program ini diadakan bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti-dadah melalui aktiviti persembahan karya kreatif pelajar. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menyampaikan mesej dan informasi anti-dadah kepada orang ramai.

       Bagi tahun 2012 , pengisian program ini dimantapkan lagi selaras dengan matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah , KPM ke arah merealisasikan "Sekolah Bebas Dadah" menjelang tahun 2012 dan juga wawasan kerajaan untuk mewujudkan "Negara Bebas Dadah" menjelang tahun 2015.

       Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang minggu Anti Dadah peringkat sekolah ini. Program ini bakal berlangsung dari 3 September hingga 10 September. Antara aktiviti yang di jalankan ialah :-

        *5 minit Anti Dadah
        *Kuiz PPDa
        *Pertandingan Teka Silang Kata
        *Pertandingan melukis poster
        *Pertandingan deklamasi puisi
        *Ceramah AADK
        *Pameran AADK
        *Pameran PDRM ( Narkotik dan Unit K9 )
        *Pameran Unit Kesihatan Perak

Sebarang info mengenai aktiviti sepanjang minggu boleh dirujuk di papan kenyataan di hadapan Bilik Unit Bimbingan & Kaunseling. Para pelajar guru-guru juga dijemput untuk melawat bilik PPDa di Blok A ( Akademik ) aras 2 untuk mendapatkan info mengenai dadah. Semoga apa yang telah dirancangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya .

Blog berkaitan :

Thursday, 16 August 2012

LAGU RASMI KEBANGSAAN PRS

Pembimbing rakan sebaya,
Menawar khidmat bakti,
Menjana kegemilangan,
Wawasan negara,
Kami berdiri megah,
Dengan tekad dan harapan,
Membantu dan membimbing,
Penuh kasih mesra,

Chorus:
PRS pemangkin,
Masyarakat penyayang,
Berilmu beramal,
Bentuk jati diri,
Amanah diberi,
Janji ditepati,
Amalan mulia,
Jadikan panduan,
Pembimbing rakan sebaya,
Siap sedia berjasa,
Membentuk dan membina,
Hidup yang bermakna.

OBJEKTIF PEMBIMBING RAKAN SEBAYA



MATLAMAT
Matlamat PRS yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara positif, berkesan berkemahiran
dan berketerampilan antaranya:
1.    Membina budaya kasi dan mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.
2.    Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilaimurni berasaskan kepada kepercayaan kepada tuhan.
3.    Memupuk potensi/bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbang rasa, rela, taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
4.    Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salah laku di kalangan pelajar.

FALSAFAH
“ BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN”

PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan.

VISI
Sistem pengurusan Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.

MISI
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

ORGANISASI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) 2012/2013 SMK RAJA PERMAISURI BAINUN



PENGERUSI                          : AHMAD FARIS BIN AHMAD TUAH
NAIB PENGERUSI               : NUR AZLIN BT ROSLI
SETIAUSAHA                        : NAJATUL NADIA BT AHMAD TAJUDDIN
NAIB SETIAUSAHA             : NURUL HUSNA BT ABD HAMID
BENDAHARI                          : AFRINA ZULAIKHA BT AHMAD ZAHUDI
NAIB BENDAHARI               : MUHAMMAD AMIRUL AMIR BIN AMRAN
AJK   TINGKATAN 1             : NURUL SYAZWANI IZYAN BT MOHD FAIZUL
          TINGKATAN 2              : LUQMAN HAKIM BIN MUSA
          TINGKATAN 3              : NOR HAMDIAH BT ASMAT
          TINGKATAN 4              : ANIS ARINA BT MOHD RADZI
          TINGKATAN 5              : SITI NUR ALIA SYAKIRAH BT ABDUL NASIR

SKUAD MUDA PRS :

SKUAD PENGURUSAN MAJLIS
PENGERUSI:
ASMA ZULAIKHA BT MOHD AFANDI
NAIB PENGERUSI:
MOHD IEZZAD BIN MOHAMAD RADHI
SETIAUSAHA:
NUR HANIS IZZATI BT MD. MUSTAFFA
AJK :
IQHWAN SHAFIQ BIN KAMARULZAMAN
SKUAD DOKUMENTASI PROGRAM
PENGERUSI:
NOR RAFISSAH AMALIA BT RUHAIMI
NAIB SETIAUSAHA:
SITI FATIMAH BT YA’AKOP
SETIAUSAHA:
MUHD SYAZWAN BIN SUFIAN
AJK :
LAILY ASYIKIN BT ANUAR
SKUAD KEBAJIKAN & KEROHANIAN
PENGERUSI:
AMNANI BT ABDUL RANI
NAIB PENGERUSI:
AMSYAR ANIQ BIN SUHAIMI
SETIAUSAHA:
NOR FARHANA BT BAHARUDIN
AJK :
NURUL SYAKIRNA BT ABDUL RAHIM
SKUAD IT & MULTIMEDIA
PENGERUSI:
NUR HAZIMAH BT AZALAN
NAIB PENGERUSI:
AMIR SYAHMI BIN SHAMSUDIN
SETIAUSAHA:
AHMAD DARWISY BIN AHMAD SUBKY
AJK:
AFIF ADHAM BIN MANAN
SKUAD PPDa
PENGERUSI:
MOHD AFDAN BIN SHA’ARI
NAIB PENGERUSI:
AZRI BIN ADNAN
SETIAUSAHA:
MUHAMMAD SHUKRI BIN SARMAN
AJK 1 :
RAHMATUN NISA’BT MOHAMMAD ROHAIZAN
AJK 2 :
AHMAD ‘IMRAN AFIQ BIN ANDUL JALIL ALWI
SKUAD AKADEMIK & KERJAYA
PENGERUSI:
NUR ADRIANA NILAM SARI BT KAZALI
NAIB PENGERUSI:
ZAFIRAH BT ABDUL GANI
SETIAUSAHA:
NOR HANA NABILA BT ABDUL RAHIM
AJK :
AMMAR AIMAN BIN AZIZI
SKUAD PROMOSI & PUBLISITI
PENGERUSI:
MUHAMMAD AZAM BIN ABDUL RANI
NAIB PENGERUSI:
NOR AZLINA BT HABEEB RAHUMAN
SETIAUSAHA:
MUHAMMAD NURHAZIQ HASRI
AJK :
ALIFF NURZARIF BIN AZHAR
SKUAD KOPERAT
PENGERUSI:
AHMAD FAKHRIL BIN ASMARANI
NAIB PENGERUSI:
NURUL AIN BT MUSTAFA
SETIAUSAHA:
MUHD KHAIRUL ASRAF BIN ZAINAL
AJK :
MOHAMAD NAJMI BIN MOHAMAD ZAMRI
SKUAD CAKNA
PENGERUSI:
SITI NURUL AZIERA BT MAT DESA
NAIB PENGERUSI:
MUHAMMAD HARITH BIN MOHD KHAIRUDDIN
SETIAUSAHA:
SITI NURLIZA BT HASSAN
AJK :
ZUL NAJMI HUSSAINI BIN ZULKIFLE
SKUAD TUGAS-TUGAS KHAS
PENGERUSI:
ERWAN WAHYUDI BIN KAMARUDIN
NAIB PENGERUSI:
NUR AMALYNA BT AHMAD KAMAL
SETIAUSAHA:
MUHD FADLI BIN SONYRUDDIN
AJK :
AHMAD ZARIF AFANDI BIN AHMAD ZAHUDI