Alhamdulillah syukur kehadrat ILAHI kerana di beri peluang dan masa oleh Allah SWT hari ini untuk kami mencoretkan sesuatu di laman blog ini setelah sekian lama tanpa sepatah bicara.
Terlebih dahulu kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung setia laman ini kerana tidak jemu-jemu berkunjung ke sini untuk mendapatkan sedikit informasi yang dikongsikan bersama. Alhamdulillah.
Hari ini kami dari organisasi pembimbing rakan sebaya sekolah ingin mengucapkan “SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR dan SPM 2012″ kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun dengan harapan dan doa agar anda semua dapat menjawab soalan dengan tenang.
Pesanan kami untuk anda :
- Jaga kesihatan anda
- Jaga makan dan minum anda. Makanlah makanan yang berkhasiat dan yang paling penting adalah halal.
- Jangan mudah putus asa
- Jangan lupa dekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan solat lima waktu, solat-solat sunat seperti sunat hajat, sunat tahajut dan sebagainya.
- Selalu berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan segala urusan
- Mohon maaf dan restu daripada kedua ibu bapa dan guru sebelum datang ke sekolah dan masuk bilik peperiksaan
- Jawab soalan ujian dengan teliti dan memahami betul-betul kehendak soalan yang ditanya serta mengikuti arahan dan peraturan-peraturan semasa di dewan peperiksaan
- Berusahalah dengan gigih untuk mendapat hasil yang cemerlang dan yang ditagih.
- Bertawakkal kepada Allah SWT setelah berusaha dengan gigih.
Akhir kalam, Selamat Maju Jaya. Semoga semuanya berjaya dan dapat melakukan yang terbaik. Amin
No comments:
Post a Comment